HCK, Bayo lancar Kad Prabayar etc
HCK Capital Group (HCK Capital) berkerjasama dengan penyedia perkhidmatan wang elektronik, Bayo Pay (Bayo) telah melancarkan kad pembayaran eksklusif berjenama untuk ahli kesetiaannya, Titanium yang dikenali sebagai Kad Prabayar etc.
HCK Capital dalam satu kenyataan memaklumkan, program Titanium merupakan sebahagian daripada ekosistem teknologi hartanah syarikat tersebut yang memberi ganjaran kepada ahlinya yang terdiri daripada ejen hartanah, pembeli hartanah, dan rujukan melalui aplikasi mudah alih Titanium.
“Dikuasakan oleh Bayo, kad prabayar berjenama Mastercard yang dikenali sebagai Kad Prabayar etc menandakan kerjasama pertama antara program Titanium.
“Diperkenalkan secara eksklusif untuk ahli Titanium, kad prabayar berjenama ini menawarkan penukaran yang mudah bagi token Titanium yang terkumpul menjadi wang tunai dan memberikan kemudahan kepada ahli untuk memenuhi keperluan gaya hidup mereka.
“Ia selaras dengan etos Titanium iaitu ganjaran tambahan yang mudah dan menjanjikan sinergi inovasi dan kemudahan yang menarik,” jelas kenyataan itu.
Pengarah Urusan, Operasi dan Penyeliaan, HCK Capital, Datuk Dr. Dennis Ling berkata, HCK melangkah lebih jauh untuk merealisasikan visi kami dan Kad Prabayar etc. mengintegrasikan token dengan mudah, menawarkan kemudahan yang tiada tandingan dan penggunaan global.
“Kerjasama ini memastikan ganjaran dan insentif yang lancar terutamanya untuk ejen kami, memberi mereka kebebasan kewangan yang lebih besar,” kata Ling.
Ling berkata, tidak seperti kad kesetiaan atau program lain, Kad Prabayar etc. menyediakan pelbagai pilihan untuk penggunaan kad sekali gus menjadikan pengalaman luar biasa.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Bayo Pay, Fardan Abdul Majeed berkata, sebagai penyedia perkhidmatan wang elektronik fintech terkemuka, Bayo Pay sangat teruja untuk bekerjasama dengan HCK Capital dan Mastercard dalam melancarkan kad pembayaran berjenama Titanium yang eksklusif itu.
“Bayo bukan sahaja membina produk tetai kami membina hubungan. Bayo memahami di sebalik setiap transaksi seseorang dengan keperluan dan aspirasi yang unik,” kata Fardan.
Pengurus Negara, Malaysia dan Brunei, Mastercard, Beena Pothen berkata, Mastercard menyokong Bayo dan HCK Capital dalam melancarkan Kad Prabayar etc. berjenama Mastercard, membolehkan ejen hartanah, pembeli rumah, dan rujukan kumpulan untuk membuat transaksi yang selamat, terjamin, dan lancar di dalam dan luar negara.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!