Mohd Fauzi dilantik Datuk Bandar Shah Alam
SHAH ALAM - Bekas Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim mengangkat sumpah jawatan sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu.
Majlis angkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan berlangsung di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA di Seksyen 14, di sini pada Khamis.
Upacara itu turut dihadiri Pemangku Timbalannya, Madiyan Baweh sambil disaksikan wakil Ahli Majlis MBSA.
Berkelulusan Sarjana Pengurusan Sumber Tanah dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang antara 2019 hingga 2020.
Sebelum itu, anak kelahiran Terengganu itu juga pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Hulu Selangor antara 2015 hingga 2019 dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak dari 2011 hingga 2015.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pengurusan Awam INTAN itu juga pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Korporat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!