[VIDEO] Politik hanya ketika pilihan raya sahaja - MB Kelantan

A
A
A

KOTA BHARU - Hubungan Prinsip Federalisme perlu diteruskan diperingkat jabatan dan agensi sebagai satu pentadbiran yang baik demi kepentingan negeri dan rakyat negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri sentiasa mengguna pakai sebagaimana Peruntukan Kerajaan Persekutuan melibatkan Jadual ke 9: Senarai Negeri dan Senarai Bersama supaya tidak berlaku pelanggaran kuasa dan hak yang sepatutnya.

Menurut beliau, hubungan erat dengan kerajaan Persekutuan bermula sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kemudian keakraban hubungan berkenaan disambung pada era kepimpinan Datuk Ahmad Yakob dan diteruskan sehingga kini demi kepentingan rakyat Kelantan," katanya.

Nassuruddin menjawab soalan Mohamad Nasriff berhubung status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang telah lama tidak dipinda pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.
Nassuruddin menjawab soalan Mohamad Nasriff berhubung status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang telah lama tidak dipinda pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Mohamad Nasriff Daud (Pas-Pengkalan Pasir) berhubung status terkini Enakmen Kawalan Hiburan yang telah lama tidak dipinda pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

Menjawab soalan tambahan Mohamad Nasriff, Nassuruddin memberitahu, hubungan baik perlu sama ada di peringkat pentadbiran negeri, orang politik dan pegawai atas dasar tolong menolong demi kebaikan.

"Saya telah sebut ketika lawatan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) baru-baru ini bahawa politik hanya ketika pilihan raya sama sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Setelah kita diberi amanah oleh rakyat maka kita kena menjaga kebajikan mereka, membangunkan negeri sebagaimana hasrat Kerajaan Persekutruan yang juga diamanahkan oleh rakyat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!