PRK Sungai Bakap: PKR adakan pertemuan petang ini

Nik Nazmi (kiri) ketika sidang media pada Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa Ke-26 di sebuah hotel pada Khamis. Foto Bernama
Nik Nazmi (kiri) ketika sidang media pada Majlis Kongres Juruukur Antarabangsa Ke-26 di sebuah hotel pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan pertemuan bersama Presiden PKR pada petang ini bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertemuan yang tidak dinyatakan lokasi itu akan memberi fokus kepada hala tuju PKR untuk pilihan raya kecil (PRK) kawasan berkenaan yang akan diadakan pada 6 Julai depan.

"Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil saya bersama Pengarah Pilihan Raya, Rafizi Ramli dan Pengerusi Keadilan Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar serta Naib Presiden yang lain.

"Setelah perbincangan itu kita akan umumkan,” katanya selepas perasmian Majlis Kongres Jurukur Antarabangsa Ke-26 di sini pada Khamis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!