Mbappe beli rumah RM90 juta di Madrid

Mbappe: AFP
Mbappe: AFP
A
A
A

KYLIAN Mbappe dilaporkan akan tinggal di sebuah rumah mewah bernilai £15 juta (RM90 juta) di Madrid selepas menamatkan perpindahannya ke kelab gergasi Sepanyol itu dengan kontrak lima tahun.

Real Madrid mengesahkan ketibaan bintang Perancis itu pada Isnin selepas dia menyatakan hasratnya meninggalkan Paris Saint-Germain bulan lepas.

Ia menamatkan usaha Real mengejar Mbappe selama tujuh tahun dan mengukuhkan lagi pasukan Carlo Ancelotti selepas kejayaan mereka dalam Liga Juara-Juara baru-baru ini.

La Razon melaporkan pada 21 Mei bahawa Mbappe akan berpindah ke kediaman mewah bernilai £15 juta di pinggir bandar eksklusif Madrid di La Moraleja.

Laporan di ESPN turut mendakwa rumah yang dibeli Mbappe itu pernah dimiliki oleh bekas bintang Real, Gareth Bale.

La Moraleja, salah satu daerah paling eksklusif di ibu negara Sepanyol, juga merupakan tempat David dan Victoria Beckham menghabiskan sebahagian besar masa mereka ketika dia bermain untuk gergasi Sepanyol itu.

La Moraleja telah lama menjadi salah satu kediaman kegemaran bintang bola sepak di Sepanyol.

Mereka yang pernah tinggal di sana termasuk Beckham, Ronaldo, Karim Benzema, pelakon Ana Obregon dan penyanyi Isabel Pantoja.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!