'Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif' - Kor Ming

Penghuni rumah PPR perlu bertanggungjawab menjaga kemudahan disediakan di kediaman mereka.
Penghuni rumah PPR perlu bertanggungjawab menjaga kemudahan disediakan di kediaman mereka.
A
A
A

IPOH - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengingatkan penghuni rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk bertanggungjawab menjaga kemudahan yang disediakan termasuk lif.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menaik taraf lif melibatkan semua PPR di seluruh negara.

"Jadi saya minta kerjasama penduduk untuk elakkan perbuatan vandalisme, sayangkan semua kemudahan yang telah dipasang.

"Jangan rosakkan, jangan kencing dalam lif, jangan buang sampah dan jangan paksa saya pasang CCTV (kamera litar tertutup) dalam lif.

Kor Ming
Kor Ming

"Itu pernah berlaku pada tahun 70-an di Singapura apabila mendiang Lee Kuan Yew mendapat tahu ada orang kencing di dalam lif, jadi kerajaan Singapura terpaksa memasang CCTV di dalam lif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jalan Utama Bandar Seri Botani di sini pada Khamis.

Menurut beliau, pemilik rumah juga diminta menjelaskan yuran penyelenggaraan untuk kemudahan semua pihak.

"Ada PPR di Terengganu mempunyai hutang penyelenggaraan sebanyak RM1.8 juta dan kerana itu semua lif rosak tidak dapat digunakan. Akhirnya penduduk di sana terpaksa panjat 20 tingkat setiap hari.

Artikel Berkaitan:

Kor Ming meninjau pelan kawasan perumahan yang dimajukan Pinji Botanics Sdn Bhd di Ipoh.
Kor Ming meninjau pelan kawasan perumahan yang dimajukan Pinji Botanics Sdn Bhd di Ipoh.

"Jangan susahkan orang lain dan berlaku adil kepada diri dan jiran khususnya mereka bayar yuran itu," katanya.

Kor Ming berkata, kementeriannya akan meneruskan jelajah program Sentuhan Kasih yang mengutamakan kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

"Kita akan bawa beberapa berita baik minggu depan khususnya penduduk rumah pangsapuri kos rendah yang mana kerajaan Madani komited membela nasib rakyat daripada golongan B40," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!