Pokok tumbang: Peniaga medan selera dapat bantuan

Yi Mei (tengah) dan Mohamad Zahri bergambar bersama peniaga dan pegawai bertugas
Yi Mei (tengah) dan Mohamad Zahri bergambar bersama peniaga dan pegawai bertugas
A
A
A

PETALING JAYA - Musibah menimpa peniaga di Medan Selera Ibumie SS2 di sini terbabit dalam kejadian pokok tumbang mendapat perhatian pemimpin setempat dan pihak berkuasa tempatan.

Sumbangan akan disalurkan selepas peniaga terjejas melengkapkan semua dokumen yang diperlukan manakala tuntutan insuran akan dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lim Yi Wei, memaklumkan perkara itu di laman Facebooknya selepas bertemu kumpulan peniaga di tapak perniagaan itu pada Khamis.

"Pagi tadi, saya bersama Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon dan Ahli Majlis MBPJ Zon 8, Loh Y Lun berjumpa peniaga yang terkesan akibat kejadian ribut pada 25 Mei.

"Pihak ADUN akan mengumpul semua dokumen peniaga (salinan kad pengenalan, salinan lesen peniaga, laporan polis, gambar kerosakan gerai, dan salinan penyata bank).

"Semua dokumen tersebut dikumpulkan untuk penyaluran sumbangan dari pihak ADUN dan tuntutan insurans yang akan dilaksanakan oleh MBPJ," katanya dalam kenyataan di laman media sosialnya itu pada Khamis.

Pada 25 Mei lalu, peniaga di Medan Selera Ibumie SS2 berdepan detik mencemaskan apabila tujuh gerai dihempap sebatang pokok dalam kejadian ribut kira-kira jam 6.15 petang.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

Dalam kenyataan sama, Yi Wei turut memaklumkan pihak Ibumie akan membaik-pulih kerosakan gerai-gerai dengan kadar segera supaya para peniaga dapat menjalankan perniagaan semula.

"Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga semua usaha dipermudahkan demi meringankan beban peniaga," ujar Yi Mei.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!