Cadang wujud CLQ atasi isu penginapan pekerja di Pahang

Chon Siang menyampaikan Sijil Perakuan Penginapan kepada wakil syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd.
Chon Siang menyampaikan Sijil Perakuan Penginapan kepada wakil syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang berhasrat untuk mewujudkan penginapan pekerja berpusat (CLQ) sebagai penyelesaian jangka panjang isu penginapan pekerja terutama pekerja warga asing di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri, Sim Chon Siang berkata, setakat ini Pahang belum ada kemudahan CLQ seperti di Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri menggalakkan dan sedia membantu pihak yang berminat untuk melabur bagi membangunkan kemudahan sedemikian di negeri ini.

"Mereka yang berminat boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk proses permohonan dan kelulusan.

"Saya juga sedia membantu dan menyokong mana-mana syarikat yang bersedia untuk melabur bagi pembinaan kemudahan itu di negeri ini," katanya.

Chon Siang bersama wakil 12 syarikat yang menerima Sijil Perakuan Penginapan Program Pendidikan Perburuhan: ‘Peranan Dan Tanggungjawab Majikan Dari Sudut Akta 446 di Kotasas di sini pada Khamis.
Chon Siang bersama wakil 12 syarikat yang menerima Sijil Perakuan Penginapan Program Pendidikan Perburuhan: ‘Peranan Dan Tanggungjawab Majikan Dari Sudut Akta 446 di Kotasas di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Pendidikan Perburuhan: ‘Peranan Dan Tanggungjawab Majikan Dari Sudut Akta 446 dan Penyerahan Sijil Perakuan Penginapan di Kotasas, di sini pada Khamis.

Program itu disertai 81 peserta dan 31 majikan pelbagai sektor sekitar daerah Kuantan.

Artikel Berkaitan:

Pada program itu, 12 syarikat menerima Sijil Perakuan Penginapan dikeluarkan JTK Negeri Pahang.

Chon Siang berkata, penyediaan penginapan dengan standard yang ditetapkan melalui Akta 446 satu kewajipan kepada majikan bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan para pekerja terjaga.

Sementara itu, katanya, JTK Negeri Pahang telah menjalankan tujuh operasi pematuhan Akta 446 di seluruh negeri dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Menurutnya, hasil operasi itu, 11 notis kompaun telah dikeluarkan ke atas majikan atau syarikat yang gagal menyediakan penginapan kepada pekerja seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 446.

Chon Siang meninjau kemudahan di sediakan di kediaman pekerja CCC-ECRL di Kotasas di sini.
Chon Siang meninjau kemudahan di sediakan di kediaman pekerja CCC-ECRL di Kotasas di sini.

"Tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi memastikan majikan di negeri ini lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja dan mematuhi undang-undang yang diperuntukkan di bawah akta tersebut.

"Akta 446 memperuntukkan bahawa semua penginapan atau penginapan berpusat yang disediakan perlu mendapat perakuan penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.

"Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Tenaga Kerja yang berada di dalam kawasan alamat penginapan dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Chon Siang berkata, majikan yang gagal memperolehi Sijil Perakuan Penginapan tersebut boleh didenda sehingga RM 50,000.

"Bagi penyedia penginapan berpusat juga jika disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!