Kaunter pejabat kedai kosmetik terbakar
KUALA SELANGOR - Kaunter pejabat sebuah kedai menjual barangan kosmetik terbakar dalam kejadian di Jalan Peninsular Park, Pasir Penambang di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 malam.
Menurutnya, seramai 11 anggota diketuai Ketua Komander, Roslan Asri dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Pasukan kami yang tiba enam minit di tempat kejadian melakukan kerja-kerja operasi pemadaman di bahagian kaunter pejabat membabitkan kebakaran 20 peratus bangunan itu," katanya.
Menurutnya, operasi pemadaman kebakaran sepenuhnya tamat pada jam 12.37 pagi tadi.
"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!