Pas doakan kesembuhan MB Pahang

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil:Rosli
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil:Rosli
A
A
A

KUANTAN - Pas Pahang mendoakan kesembuhan dan kesihatan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada ketika ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabbar berharap segala urusan rawatan Wan Rosdy dipermudahkan.

"Saya mewakili Badan Perhubungan Pas dan seluruh warga Pas Pahang mendoakan agar ALLAH S.W.T kurniakan kesembuhan dan kesihatan.

"Juga dipermudahkan segala urusan rawatan Wan Rosdy yang sedang menerima rawatan di IJN pada ketika ini. Semoga beliau dapat kembali bertugas seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Wan Rosdy akan menjalani rawatan di IJN Kuala Lumpur bermula Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan tempoh rawatan itu sehingga satu tarikh yang akan ditentukan pihak doktor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!