Gunung Ibu meletus lagi

Letusan yang bermula pada jam 8.11 pagi waktu tempatan itu berlangsung lebih dua minit dan mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat laut. Foto Agensi
Letusan yang bermula pada jam 8.11 pagi waktu tempatan itu berlangsung lebih dua minit dan mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat laut. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Gunung Ibu di Pulau Halmahera Indonesia meletus lagi pada pagi Khamis, memuntahkan abu sehingga 1,000 meter dari kawah puncak utama, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), lapor Xinhua.

Letusan yang bermula pada jam 8.11 pagi waktu tempatan itu berlangsung lebih dua minit dan mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat laut.

Terdahulu, pada jam 1.30 pagi, Gunung Ibu telah memuntahkan awan yang mengandungi abu serupa sehingga 5,000 meter.

Ini menandakan letusan kelima gunung berapi itu dalam tempoh seminggu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!