Konsesi tambah anggota, rondaan menjelang perayaan

Konsesi lebuh raya bersiap sedia menghadapi peningkatan kenderaan menjelang beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina. (Gambar kecil: Sazally)
Konsesi lebuh raya bersiap sedia menghadapi peningkatan kenderaan menjelang beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina. (Gambar kecil: Sazally)
A
A
A

KUALA LANGAT - Konsesi lebuh raya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) dan Terowong Smart (Smart) bersiap sedia menghadapi peningkatan kenderaan menjelang beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, pihaknya menambah anggota yang melakukan rondaan bagi menjamin keselesaan pengguna.

Menurutnya, jajaran lebuh raya dalam bandar kebiasaannya hanya akan sesak dan mengalami peningkatan kenderaan beberapa hari sebelum perayaan.

“Namun pada hari perayaan jumlah kenderaan akan berkurangan.

“Bagaimanapun, kita akan suraikan trafik dengan kawalan dan pastikan pengguna dapat keluar ke destinasi masing-masing dengan selesa tanpa halangan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sambutan Tahun Baru Cina kepada penghuni Rumah Sejahtera di Jenjarom di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat konsesi lebuh raya bergabung sumbang bantuan

Hadir sama dalam program itu Ketua Pegawai Operasi Kesas, Mohammed Shah Samin dan pemangku Ketua Pegawai Operasi Smart, Mohd Noor Mohd Ali.

Sazally berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi melancarkan trafik sepanjang musim perayaan.

Artikel Berkaitan:

“Menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini, Litrak akan lebihkan anggota untuk membuat rondaan malah perkhidmatan ‘tow truck’ akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memberi bantuan segera kepada pengguna.

“Seramai 68 anggota akan bertugas di lebuh raya bawah kendalian Litrak untuk membantu pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Sprint,” katanya.

Sementara itu seramai 45 anggota peronda akan bertugas di Lebuhraya Kesas dan 16 anggota di Terowong Smart bagi membantu melancarkan aliran trafik di kedua-dua lebuh raya menjelang perayaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!