Pengerusi Eksekutif E-Mutiara dilantik Timbalan Presiden KDN FC

Che Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) berkuat kuasa serta-merta.
Che Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) berkuat kuasa serta-merta.
A
A
A
PENGERUSI Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Zamri Ismail yang telah melepaskan jawatan tersebut pada Mei lalu.

Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, kehadiran Che Ibrahim dijangka mampu memperkasakan lagi pasukan terutama dari segi pengurusan.

"Kita menagih sepenuhnya pengalaman berkait pengurusan yang dimiliki oleh beliau.

"Sebagai seorang tokoh korporat kita yakin beliau mampu memberikan sesuatu kepada pasukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, Che Ibrahim berkata, beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada KDN FC.

"Insya-ALLAH, dengan kerjasama semua pihak terutama jawatankuasa kelab akan bekerja keras untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang."

"Kami akan meletakkan KDN FC sebagai sebuah kelab berdaya saing dan disegani sekali gus membanggakan nama Kelantan.

"Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan ini dan mohon kerjasama daripada semua pihak untuk terus kekal bersemangat untuk membawa sukan bola sepak Kelantan ke mercu kejayaan pada musim ini," ujar beliau

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!