Jangka hayat warga Singapura capai 83 tahun
SINGAPURA - Jangka hayat kelahiran bagi penduduk Singapura adalah 83 tahun pada tahun lepas, meningkat 0.6 tahun dari 2013, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada Khamis, lapor Xinhua.
Jangka hayat kelahiran lelaki dan wanita di republik itu masing-masing adalah 80.7 tahun dan 85.2 tahun pada 2023.
Data menunjukkan bahawa jangka hayat bagi warga Singapura yang berusia 65 tahun meningkat daripada 20.4 tahun pada 2013 kepada 20.7 tahun pada 2023.
Sementara itu, jabatan itu menyatakan bahawa jangka hayat dari tahun 2020 hingga 2023 terjejas oleh kadar kematian yang lebih tinggi akibat pandemik Covid-19. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!