Sepanyol putuskan sertai kes genosid terhadap Israel di ICJ

Sepanyol membuat keputusan itu demi membawa kembali keamanan serta kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa. - X/@CIJ_ICJ
Sepanyol membuat keputusan itu demi membawa kembali keamanan serta kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa. - X/@CIJ_ICJ
A
A
A

GENEVA - Sepanyol telah memutuskan untuk menyertai kes genosid Afrika Selatan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), kata Menteri Luar Sepanyol pada Khamis.

"Kami membuat keputusan ini berikutan penerusan operasi ketenteraan di Gaza," kata Jose Manual Albares dalam satu sidang akhbar, lapor Agensi Anadolu.

Kami juga memerhati dengan kebimbangan yang besar terhadap peluasan konflik di rantau ini," kata Albares.

Sepanyol membuat keputusan ini bukan sahaja untuk "membawa kembali keamanan ke Gaza dan Timur Tengah," tetapi juga kerana komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa, katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!