Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis
SOFIFI - Pasangan 'suami isteri' di Indonesia ini belum sempat merasai fasa bulan madu apabila kedua-duanya akhirnya kantoi kahwin sejantina.
Suspek dikenali sebagai Naim, 25, dan Jurnal, 26, kini ditahan pihak berkuasa kerana melangsungkan pernikahan di Halmahera Selatan, Maluku Utara yang jelas melanggar undang-undang.
Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
Majlis tersebut diadakan di Desa Sekely, Kecamatan Gane Barat Selatan pada 16 Mei lalu malah pernikahan pasangan itu turut menjadi tular di media sosial.
Jurucakap pihak berkuasa, Aditia Kurniawan berkata, Jurnal dan Naim didakwa memalsukan identiti.
"Jurnal telah menukar dirinya sebagai wanita menggunakan nama Dela La Udin. Naim turut bersubahat dalam perkara itu.
"Mereka kini berada dalam tahanan untuk membantu siasatan," katanya pada Rabu.
Difahamkan, Jurnal juga menggunakan maklumat peribadi palsu untuk mengisi dokumen berkaitan pernikahan dan menipu petugas perkahwinan (PPN) Desa Sekely.
Penyamaran Jurnal bagaimanapun disedari jurumekap (MUA) yang yakin dia bukanlah wanita semula jadi kerana tiada payudara seperti wanita normal ketika mahu mengenakan busana pengantin.
MUA tersebut kemudiannya memberanikan diri untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa setelah menemui gambar sebenar Jurnal yang ternyata seorang lelaki. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!