Latheefa Koya dikritik guna kuasa demi politik

Mohd Hairi Mad Shah
Mohd Hairi Mad Shah
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO Johor mendakwa perundangan diamalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah pimpinan Latheefa Koya sebagai berat sebelah dan tidak mengamalkan prinsip ‘Rules Of Law’.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata, perkara itu dilihat apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM itu seolah-olah sesuka hati membuat keputusan walaupun ia jelas bertentangan dengan kaedah serta amalan dalam perundangan negara selama ini.

Katanya, Latheefa juga dilihat sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai alat politik untuk menekan pemimpin UMNO yang lantang menentang kepincangan Pakatan Harapan (PH).

“Hari ini satu lagi pendakwaan terpilih oleh SPRM terhadap pemimpin UMNO iaitu Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dimulakan.

“Pendakwaan terpilih SPRM ini dilihat jelas membuktikan satu kepincangan sistem penguatkuasaan dan perundangan negara. ‘Rule of Law’ yang dilaungkan kerajaan PH hanya sekadar pemanis mulut untuk mengaburi mata rakyat, namun hakikatnya tidak begitu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Maslan, Shahrir hadir ke mahkamah

Tegasnya, Pemuda UMNO Johor Bahru tetap akan berdiri teguh di belakang Shahrir dan Ahmad yang menghadapi pendakwaan masing-masing di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana yang dikatakan diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM3 juta.

Dalam pada itu Mohd Hairi berkata, suruhanjaya anti rasuah di bawah pimpinan Latheefa juga dilihat menyalahgunakan kuasa apabila melakukan pendakwaan hanya terhadap pemimpin UMNO yang sekarang ini sebaliknya tidak kepada pemimpin UMNO yang telah menyertai parti kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Saya ingin mengajukan soalan di manakah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang sepatutnya turut dibawa kemuka keadilan?' katanya sinis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!