Pelayan kedai makan maut, langgar lembu melintas

Seorang pelayan kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan seekor lembu di Jalan Pantai Sepat, Kuantan pada Khamis. Foto FB Polis Trafik Kuantan
Seorang pelayan kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan seekor lembu di Jalan Pantai Sepat, Kuantan pada Khamis. Foto FB Polis Trafik Kuantan
A
A
A

KUANTAN - Seorang pelayan kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan seekor lembu yang secara tiba-tiba melintas jalan di hadapan sebuah resort di Jalan Pantai Sepat di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mohamad Daniel Asraf Abdul Zahir, 20, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Tanjung Lumpur menghala Cherok Paloh.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba seekor lembu melintas jalan dan menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan.

"Mangsa seterusnya melanggar lembu tersebut dan akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ketika kejadian, permukaan jalan rata dan kering serta gelap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!