Melangkah ke era baharu bersama ‘One GWM’

Gandingan juara SUV, GWM HAVAL H6 dan GWM TANK 300 kini dibuka untuk tempahan.
Gandingan juara SUV, GWM HAVAL H6 dan GWM TANK 300 kini dibuka untuk tempahan.
A
A
A

Great Wall Motor, (GWM) Malaysia kini rancak mengembangkan barisan produk kenderaan baharu yang dinamik bercirikan praktikaliti moden untuk pasaran Malaysia.

Sebagai syarikat pengeluar automotif dari China dengan pengalaman 34 tahun, GWM sentiasa komited dalam mempromosikan inovasi serta penyelesaian mobiliti mampan di peringkat global.

Terkini, GWM Malaysia telah menampilkan model sulung kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid, GWM HAVAL H6 dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) mewah, GWM TANK 300 semasa pameran Malaysia Autoshow 2024.

Dengan ciri-ciri yang mampan, keselamatan serta berteknologi tinggi, jenama ini menampilkan prestasi yang terbaik dan telah menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia, terutamanya model GWM TANK 300 yang kini dibuka untuk tempahan dengan tawaran waranti seumur hidup meliputi bahagian enjin dan transmisi.

Malah, semasa pameran tersebut, GWM Malaysia turut mempamerkan barisan produk flagship ketika ini, iaitu GWM ORA, GWM TANK dan GWM HAVAL.

GWM merupakan pengeluar terbesar SUV dan trak pikap di China, mendominasi segmen domestik dengan lebih daripada 1,000 rangkaian jualan merentasi 170 buah negara di seluruh dunia.

Pada masa sama, GWM merupakan jenama terkemuka global bagi segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) meliputi pelbagai model dengan pelepasan karbon rendah hingga sifar. Ia telah memenangi hati pengguna di seluruh dunia menerusi rekod penjualan tahunan melebihi satu juta unit selama lapan tahun berturut-turut.

Hala tuju global dan Malaysia

Artikel Berkaitan:

GWM membangunkan teknologi elektrik dan bateri baharu melalui SVOLT EnergyTechology.
GWM membangunkan teknologi elektrik dan bateri baharu melalui SVOLT EnergyTechology.



GWM memberi fokus kepada pasaran antarabangsa dengan sasaran untuk mencapai jualan tahunan kenderaan melebihi satu juta unit bagi pasaran global menjelang 2030 dengan tumpuan kepada NEV, inovasi dan kualiti produk.

Untuk mencapai matlamat ini, GWM telah mengumumkan empat tonggak strategik utama yang dikenali sebagai ‘Four Globalisations’, merangkumi ‘Locally Built’, ‘Locally Operated’, ‘Globally Cultivated’, dan ‘Supply Chain Integrated’ di bawah strategi jenama ‘ONE GWM’.

Menurut Pengerusi GWM, Jack Wey, GWM akan memberi tumpuan kepada pasaran global dengan meningkatkan pelaburan dalam sumber-sumber berkaitan.

“GWM juga akan terus komited dalam mendukung pertumbuhan di luar negara dan melancarkan lebih banyak produk berkualiti tinggi untuk kekal berdaya saing,” katanya.

Lebih kompetitif

Pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan berperanan penting dalam mendukung sasaran Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Dalam usaha menggalakkan penukaran kepada NEV, kerajaan Malaysia telah menawarkan insentif pengecualian cukai untuk pemilikan EV di samping meningkatkan infrastruktur dengan sasaran 10,000 buah stesen pengecasan baharu menjelang 2025 dengan sasaran pelaburan sebanyak RM20 billion.

Melalui usaha itu, pengguna di Malaysia pastinya boleh menjangkakan pelbagai produk menarik daripada GWM pada harga yang kompetitif dengan ciri-ciri reka bentuk, keselamatan, teknologi, dan prestasi tanpa bandingan.

Bagi mengukuhkan lagi pasaran di rantau ASEAN, GWM pada awal tahun ini telah melantik PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd, anak syarikat EP Manufacturing Bhd, sebagai pengeluar kenderaan kontrak untuk model-model terpilih GWM di Malaysia untuk tempoh lapan tahun akan datang, bermula dengan model HAVAL H6 HEV.

Kerjasama ini pastinya akan meningkatkan lagi jualan serta perkhidmatan selepas jualan sekali gus menambah baik penyelenggaraan infrastruktur rangkaian GWM.