37 masjid Wilayah Jengka adakan solat hajat buat MB

Solat hajat di Masjid Felda Jengka 24 bagi mendoakan kesejahteraan MB Pahang yang menerima rawatan di IJN bermula Jumaat
Solat hajat di Masjid Felda Jengka 24 bagi mendoakan kesejahteraan MB Pahang yang menerima rawatan di IJN bermula Jumaat
A
A
A

JENGKA - Sebanyak 37 masjid Wilayah Jengka melaksanakan solat hajat selepas waktu Maghrib secara serentak pada Khamis bagi mendoakan kesejahteraan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pengerusi Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, ia bagi menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memohon agar melaksanakan solat hajat tersebut.

"Kita mendoakan dan berharap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan selamat menjalani rawatan dan sihat seperti sedia kala.

"Semoga segala urusan untuk rawatan tersebut berjalan lancar," katanya.

Sebelum itu, Wan Rosdy dilaporkan akan menjalani rawatan di IJN bermula Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob melalui kenyataan pada Khamis.

Zulkifli berkata, tempoh rawatan itu sehingga satu tarikh yang akan ditentukan pihak doktor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!