Ahmad Jailani dilantik Pengerusi SPA yang baharu
PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang baharu.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan memaklumkan, Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan lantikan Ahmad Jailani untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan.
Ahmad Jailani memiliki Ijazah Kedoktoran dari Hiroshima University, Jepun mempunyai pengalaman yang luas selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.
Antara jawatan penting dipegangnya adalah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!