[VIDEO] Ibu dua anak dinobatkan pelatih terbaik keseluruhan PLAK


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/668722/berita/semasa/ibu-dua-anak-dinobatkan-pelatih-terbaik-keseluruhan-plak

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PULAPOL #pdrm" />
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Satu pencapaian membanggakan sebagai seorang wanita dan tidak menjangkakan dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan".

Demikian kata Sarjan Siti Fairuz Abdullah, 32, yang dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengakui dia sejujurnya tidak meletakkan sasaran dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.

Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Azlan Shah berkata, komitmen 100 peratus diberikan sepanjang sembilan bulan latihan di Pulapol.

"Saya kira ini satu pencapaian membanggakan kerana saya merupakan seorang pelatih wanita berjaya dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.

"Sememangnya saya telah tanam minat sejak dari kecil lagi untuk menjadi warga PDRM kerana ayah juga seorang pegawai polis," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Artikel Berkaitan:

Siti Fairuz melepaskan kerinduan dengan memeluk dua anaknya selepas tamat menjalani Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO:SINARHARIAN/HISYAMUDDIN AYUB.
Siti Fairuz melepaskan kerinduan dengan memeluk dua anaknya selepas tamat menjalani Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO:SINARHARIAN/HISYAMUDDIN AYUB.

Siti Fairuz berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan.

Ibu kepada dua anak itu berkata, cabaran utama semasa menjalani latihan selama sembilan bulan di Pulapol adalah berjauhan daripada anak-anak tersayang.

Menurutnya, selama ini dia tidak pernah berjauhan begitu lama dengan anak-anak, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Ditanya mengenai tugas sebelum ini, katanya, dia menyertai PDRM pada 2018 dan menjalani latihan di Pulapol Langkawi sebelum ditugaskan di unit trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!