10 tahun tanah persendirian jadi tempat buang sampah

Timbunan sampah yang memenuhi kawasan pembuangan sampah haram di Kampung Gual Jedok. Gambar kecil: Aziman
Timbunan sampah yang memenuhi kawasan pembuangan sampah haram di Kampung Gual Jedok. Gambar kecil: Aziman
A
A
A

TANAH MERAH - Penduduk Kampung Gual Jedok di sini memohon pihak berkuasa tempatan menyediakan tong sampah yang sistematik bagi mengelakkan tanah persendirian menjadi kawasan pembuangan sampah sejak lebih 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Aziman Ahmad berkata, lokasi itu kini dipenuhi sampah lama dan baharu sekali gus mencemarkan kawasan sekitar dengan sangat bau tidak menyenangkan.

Lebih menjijikkan apabila lampin pakai buang serta plastik makanan turut dibuang di lokasi itu yang mengambil masa lama untuk pupus sepenuhnya.

"Tempat penyediaan tong sampah hanya ada di Kampung Batu Gajah dan Kampung Bukit Bunga iaitu masing-masing lima kilometer (km) dari kediaman dan laluan penduduk," katanya.

Lampin pakai buang paling banyak dibuang mengakibatkan bau busuk dan pencemaran
Lampin pakai buang paling banyak dibuang mengakibatkan bau busuk dan pencemaran

Tambah beliau, kawasan ini antara laluan utama empat buah kampung iaitu Kampung Jedok Tua, Kampung Banggol Yek, Kampung Mak Jintan dan Bendang Besar.

Jelasnya lagi, penduduk ada mencadangkan PBT menyediakan tong sampah di Kampung Jedok Tua yang menjadi lalu utama untuk ke jalan raya menuju bandar Jeli dan Kota Bharu.

"Saya difahamkan pemilik tanah sudah memaklumkan penduduk supaya tidak membuang sampah di kawasan itu tetapi keadaan masih sama kerana kesukaran lokasi khas pembuangan sampah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Aziman memberitahu, pihaknya bersedia melaksanakan gotong-royong tetapi kemungkinan berlaku situasi sama jika tiada tempat pembuangan sampah yang sistematik.

"Kami memikirkan jangka masa panjang kerana keadaan akan lebih teruk jika banjir berlaku kerana boleh meningkatkan pencemaran air," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!