Rasuah: Reman pengarah sebuah jabatan kerajaan disambung

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengarah jabatan di sebuah agensi kerajaan yang remannya berakhir hari ini, disambung selama tiga hari bermula esok hingga Isnin bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, permohonan menyambung reman itu, bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Media sebelum ini melaporkan pengarah berusia 58 tahun itu, disyaki meminta wang suapan berjumlah ratusan ribu ringgit sebagai imbuhan bagi meluluskan kerja-kerja kontrak kepada pelanggan jabatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!