Draf cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 dihantar ke AGC

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

BALIK PULAU - Draf cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) sudah siap dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tujuan semakan.

Cadangan itu dibuat bertujuan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran melalui Parallel Pathway serta memperkemas proses pengiktirafan dan pendaftaran sebagai pakar perubatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu telah dikemukakan menerusi Memorandum Jemaah Menteri itu dibuat oleh beliau sendiri bersama Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, sesi libat urus akan diadakan dengan pihak berkepentingan termasuk Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Draf telah siap dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan. Selepas itu, kita akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

“Apabila semua itu selesai, barulah kita akan bentangkan kepada Kabinet untuk pindaan rang undang-undang (RUU) pada persidangan Dewan Rakyat akan datang yang dijadualkan pada bulan ini.

“Kita harap ia akan dibentangkan pada minggu pertama persidangan supaya ia boleh dibahaskan pada minggu ketiga,” katanya pada pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Air Putih di sini pada Jumaat.

Isu Parallel Pathway menjadi tumpuan apabila Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi MARA membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Ia selepas MMC menolak permohonan empat pakar bedah kardiotoraks untuk disenarai dalam Daftar Pakar Kebangsaan kerana Fellowship of Royal College of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery (FRCS Ed) yang diperoleh mereka tidak diiktiraf.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!