Kes 'Kontena Terbang', tujuh termasuk penjawat awam ditahan SPRM

Tujuh individu yang terlibat dalam kes 'Kontena Terbang' bergiat aktif di Pelabuhan Klang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat bagi proses tahanan reman.
Tujuh individu yang terlibat dalam kes 'Kontena Terbang' bergiat aktif di Pelabuhan Klang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat bagi proses tahanan reman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh individu termasuk penjawat awam terlibat dalam kes 'Kontena Terbang' yang bergiat aktif di Pelabuhan Klang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Ops Transit pada Khamis.

Difahamkan kesemua yang ditahan itu disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada negara.

Sumber berkata, kesemua mereka telah ditahan reman SPRM bagi kesalahan penyeludupan barangan import.

Menurut sumber, kesemua suspek merupakan dua wanita dan lima lelaki berusia sekitar 30-an hingga 50-an telah ditahan dalam operasi itu lewat petang Khamis di beberapa lokasi sekitar Pelabuhan Klang.

Susulan penahanan itu, katanya, kesemua suspek yang terdiri daripada tiga pegawai agensi penguat kuasa, seorang pengarah syarikat dan tiga pekerja syarikat telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi Jumaat.

Menurutnya, perintah reman selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini dikenakan terhadap suspek yang dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikah Rohanuddin.

Dua daripada tujuh individu yang terlibat dalam kes 'Kontena Terbang' bergiat aktif di Pelabuhan Klang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat bagi proses tahanan reman.
Dua daripada tujuh individu yang terlibat dalam kes 'Kontena Terbang' bergiat aktif di Pelabuhan Klang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat bagi proses tahanan reman.

"Sindiket ini dipercayai telah membuat pengisytiharan palsu dalam Borang Kastam bagi mengelakkan dikenakan cukai dan pengimportan barangan yang memerlukan permit import beberapa agensi seperti Suruhanjaya Tenaga (ST) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Artikel Berkaitan:

“Dalang sindiket ini ialah seorang warga Singapura dan kini masih berada di luar negara kerana bercuti bersama keluarga.

"Daripada tangkapan yang dilakukan tersebut, SPRM telah membekukan sembilan akaun bank milik syarikat dan individu-individu terbabit," katanya pada Jumaat.

Menurut sumber itu lagi, hasil operasi yang dijalankan oleh SPRM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Rabu lalu telah berjaya menahan 19 buah kontena yang mengandungi pelbagai barangan import.

Tambahnya, daripada pemeriksaan yang dibuat, sebanyak lima kontena telah dibuka dan mendapati ia mengandungi pelbagai jenis barangan bercukai termasuk lampu LED, lampu solar dan tin daging babi yang diproses.

Menurutnya, kesemua kontena-kontena tersebut diisytiharkan sebagai barangan import termasuk kerusi roda, tekstil dan jamban duduk bagi mengelakkan cukai.

Jelasnya, anggaran kasar nilai 19 kontena yang telah ditahan termasuk cukai berjumlah kira-kira RM10 juta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) dan Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, SPRM juga akan menyiasat kes ini di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Tambahnya, hasil perbincangan dengan Ketua Pengarah JKDM, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin sebelum ini, kes-kes yang melibatkan pengisytiharan palsu dan lain-lain kesalahan sebagaimana tertakluk di bawah Akta Kastam 1967 akan dikendalikan oleh pihak JKDM manakala Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan meneliti seluruh aspek pembayaran cukai syarikat dan individu yang terlibat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!