Menteri Besar Pahang selamat jalani pembedahan di IJN

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Setiausaha Politiknya, Mohd Farid Mohd Nor berkata, pembedahan berjalan lancar dan kini beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN untuk pemantauan pasukan perubatan bagi tempoh 24 jam.

"Berkat doa, solat hajat, bacaan Yasin dan ucap selamat semua pihak, prosedur pembedahan Yang Amat Berhormat (YAB), Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di IJN telah selesai dan berjalan lancar.

"Pihak keluarga YAB Menteri Besar menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang danTengku Mahkota Pahang," katanya dalam kenyataan yang turut dimuat naik di halaman Facebook milik Wan Rosdy.

Ujarnya, ucapan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan juga kepada pasukan perubatan IJN dan semua pihak yang mendoakan kesembuhan dan keafiatan Menteri Besar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!