Jun Hao kandas, Kian Meng-Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia

Kian Meng (kiri) dan Pei Jing akan menentang pasangan China dalam aksi separuh akhir Terbuka Indonesia di Jakarta pada Sabtu. Foto Agensi
Kian Meng (kiri) dan Pei Jing akan menentang pasangan China dalam aksi separuh akhir Terbuka Indonesia di Jakarta pada Sabtu. Foto Agensi
A
A
A

IMPIAN pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk terus melakar siri kejutan dalam saingan Badminton Terbuka Indonesia tidak kesampaian apabila perjalanannya tersekat pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Jun Hao yang kelihatan keletihan cuba memberi tentangan sengit, namun terpaksa akur kehebatan pemain ranking keempat dunia, Li Shi Feng apabila tewas straight set dalam kejohanan berstatus Super 1000 itu.

Pemain China itu menang mudah pada set pertama 21-11, namun Jua Hao yang cuba bangkit pada set kedua terbatas dengan pergerakannya dipercayai akibat kecederaan.

Malah ketika ketinggalan 12-14, Jun Hao dilihat mendapatkan rawatan di bahagian kaki sebelum meneruskan permainan, namun terpaksa menyerahkan kemenangan kepada Shi Feng 21-12 dalam tempoh 43 minit permainan.

Jun Hao yang memegang status pemain ke-32 sebelum ini tanpa belas ihsan menghantar pulang dua pemain di ranking yang lebih tinggi.

Jun Hao tewas kepada pemain China dalam aksi suku akhir Terbuka Indonesia pada Jumaat. Foto Bernama.
Jun Hao tewas kepada pemain China dalam aksi suku akhir Terbuka Indonesia pada Jumaat. Foto Bernama.

Pemain berusia 24 tahun itu mengejutkan wakil Taiwan, Chou Tien Chen yang menghuni ranking ke-11 dunia dalam aksi pusingan kedua 21-18, 13-21, 21-17 pada Khamis.

Terdahulu, pemain dari Kuala Lumpur itu menyingkirkan wakil tuan rumah di ranking ketiga dunia, Jonatan Christie 21-13, 16-21, 21-12 dalam tempoh satu jam dua minit.

Artikel Berkaitan:

Jun Hao pada Terbuka Singapura minggu lalu mengejutkan pemain ranking kesembilan dunia dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, 21-14, 21-10, 21-8 pada pusingan kedua.

Dalam pada itu, beregu campuran yang menghuni ranking ke-21 dunia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul wakil pertama negara mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir.

Kejayaan itu hadir selepas mereka mengejutkan pasangan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho- Jeong Na-eun dalam saingan suku akhir, hari ini.

Lebih mengagumkan, Kian Meng-Pei Jing mencatatkan kemenangan dengan bergaya menerusi pertarungan 'straight set 21-8 dan 21-19 dalam tempoh 39 minit permainan.

Dalam pertembungan separuh akhir pada Sabtu, mereka akan berdepan cabaran pasangan China yang berstatus nombor lima dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang mara ke kelompok empat terbaik setelah menewaskan rakan senegara, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-17, 11-21, 21-16.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!