Tindakan bantah cadangan DLP cabar kedaulatan bahasa Melayu - i-Guru

Azizee. Laporan Sinar Harian
Azizee. Laporan Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menyifatkan tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang yang membantah cadangan Program Dual Language Programme (DLP), Kementerian Pendidikan (KPM) adalah tidak wajar.

Presidennya, Mohd Azizee Hassan berkata, tindakan itu juga dilihat bersikap biadab dan tidak menghormati serta mencabar perlembagaan berkaitan kedaulatan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 152.

"Sekiranya Lembaga atau PIBG SMKJC tidak berpuas hati mereka seharusnya menggunakan saluran yang betul dan melalui perbincangan yang harmoni.

"Sewajarnya sekolah-sekolah tersebut menyambut baik cadangan KPM sebagai salah satu usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran,"katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, usaha KPM menerusi DLP itu pada masa sama dapat memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagaimana yang terdapat dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Media sebelum ini melaporkan,KPM dijangka bertemu dengan Lembaga Sekolah dan PIBG dari 11 SMJK dan SMC di Pulau Pinang.

Ia susulan kumpulan berkenaan dikatakan membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP yang dilaksanakan di sekolah mereka.

Dalam pada itu, Mohd Azizee berkata, sepatutnya SMJKC yang menerima bantuan dari kerajaan perlu menyokong hasrat murni ini bagi menyemai patriotisme melalui penghayatan bahasa kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

"Meskipun DLP sesuai di ajar dalam medium bahasa Inggeris namun penguasaan Sains dan Matematik tidak terikat kepada penggunaan bahasa Inggeris, ini kerana negara-negara maju seperti Jerman, Jepun dan China menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing dalam menguasai subjek berkenaan.

"i-Guru menggesa semua pihak akur dengan cadangan KPM dan berharap tidak ada mana- mana pihak memanipulasikan isu untuk kepentingan politik.

"Kami (i-Guru) menyokong sepenuhnya cadangan KPM bagi mewujudkan satu kelas DLP bahasa Melayu di SMJKC demi mengangkat martabat bahasa.elayu dan dalam masa sama membuka peluang murid-murid mengikuti kelas DLP di SMJKC,"katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!