Penyelia kedai cuci kereta didakwa tipu kerja ubah suai rumah lebih RM200,000

Seorang penyelia kedai cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan kerja-kerja pengubahsaian rumah berjumlah lebih RM200,000, tiga tahun lepas.
Seorang penyelia kedai cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan kerja-kerja pengubahsaian rumah berjumlah lebih RM200,000, tiga tahun lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kedai cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan kerja-kerja pengubahsaian rumah berjumlah lebih RM200,000, tiga tahun lepas.

Herman Heng Aik Man, 40, didakwa menipu S Sivalingam, 49, dengan memperdayakannya bahawa tertuduh boleh melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah milik mangsa sehingga mendorong mangsa membuat bayaran berjumlah RM252,912 secara berperingkat ke dalam dua akaun bank milik tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Yarl, Brickfields di sini pada 22 November 2021 mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman menawarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Vincent Chew Zi Xian yang mewakili Herman memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Julai ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!