Israel kena pulau di pentas antarabangsa

Langkah itu bertujuan untuk menyampaikan mesej jelas kepada rejim Tel Aviv. Foto Agensi
Langkah itu bertujuan untuk menyampaikan mesej jelas kepada rejim Tel Aviv. Foto Agensi
A
A
A

GENEVA - Beberapa delegasi asing melangkah keluar dari dewan Persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), pada Khamis ketika wakil Israel mahu berucap yang jelas menggambarkan amarah komuniti antarabangsa terhadap perang genosid yang dilancarkan ke atas Genting Gaza.

“Ia adalah mesej kepada rejim Tel Aviv bahawa kami menolak kekejaman ke atas penduduk Palestin,” kata Menteri Buruh sementara Lubnan, Moustafa Bayram yang turut menyertai 'langkah memulaukan' Israel tersebut ketika sesi ke-112 persidangan tersebut yang berlangsung di Geneva.

Bayram memaklumkan langkah bersama sekumpulan delegasi asing itu berlaku secara spontan yang juga sebagai tanda solidariti dengan Palestin.

“Laporan dibuat pekerja Palestin membuktikan penderitaan yang terpaksa ditanggung mereka akibat sekatan dan amalan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan rejim Zionis,” tegasnya.

Pada Jumaat, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) didakwa sekali lagi menyasarkan kem pelarian di Gaza setelah ia membedil sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didakwa menjadi 'markas' pejuang Hamas.

Sumber perubatan memaklumkan kem pelarian Nuseirat dibedil lagi setelah kempen pengeboman diperhebatkan ke seluruh Gaza termasuk timur Deir al-Balah.

Kawasan kejiranan al-Sultan di Rafah juga dihujani bom dari pelbagai arah setelah kapal perang rejim Zionis turut mengebom kawasan penempatan nelayan Palestin. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!