Penjual ais lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki dipenjara dua tahun

Seorang penjual ais dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di dalam tandas sebuah masjid, dua bulan lepas.
Seorang penjual ais dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di dalam tandas sebuah masjid, dua bulan lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penjual ais dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di dalam tandas sebuah masjid, dua bulan lepas.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hadis Hashim, 38, serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkap pada 4 April lepas.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal ke atas kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun lapan bulan semasa kejadian dengan cara membuatkan mangsa menunjukkan kemaluannya kepada tertuduh di dalam tandas sebuah masjid di Taman Ikhsan di sini pada 3.30 petang, 4 April.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa merupakan pelajar sekolah agama di sebuah masjid telah pergi ke tandas selepas meminta izin daripada guru kelasnya dan semasa mangsa dalam perjalanan ke tandas, dia terserempak dengan tertuduh.

Mangsa yang berada di dalam tandas kemudian didatangi tertuduh dan bertanya sama ada mangsa telah bersunat atau belum. Mangsa menjawab dia sudah bersunat dan tertuduh berkata dia 'nak tengok' sambil memegang tangan mangsa.

Mangsa menolak tertuduh tetapi tidak berjaya dan disebabkan berasa takut, mangsa kemudian membuka seluarnya dan menunjukkan kemaluannya kepada tertuduh.

Mangsa kemudian berlari ke kelas dan memberitahu guru kelasnya mengenai kejadian itu sebelum laporan polis dibuat dan tertuduh akhirnya ditangkap oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukannya di kawasan masjid menyebabkan ketakutan kepada orang awam, namun Mohd Hadis yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!