Giliran pekerja Samsung pula mogok di Korea Selatan

Wakil kesatuan itu turut melaungkan slogan ketika mengadakan protes di luar ibu pejabat Samsung Electronics di Seoul pada Jumaat. Foto AFP
Wakil kesatuan itu turut melaungkan slogan ketika mengadakan protes di luar ibu pejabat Samsung Electronics di Seoul pada Jumaat. Foto AFP
A
A
A

SEOUL - Selepas berdepan mogok kumpulan doktor, Korea Selatan kini dilanda protes baharu melibatkan kakitangan Samsung Electronics yang merupakan anak syarikat gergasi, Samsung Group di bawah tindakan nekad pertama sebagai sebahagian daripada kempen selama enam bulan yang menuntut gaji lebih baik.

Ketua Kesatuan Samsung Elektronik Kebangsaan (NSEU), Son Woo-mok yang mewakili puluhan ribu pekerja mengumumkan sejumlah kakitangan firma tersebut mengambil cuti bergaji secara serentak pada Jumaat.

“Sukar untuk memberikan angka yang tepat, namun berdasarkan kehadiran di tempat kerja pada pagi ini, terdapat perbezaan ketara berbanding hari sebelumnya,” ujarnya.

Kira-kira 10 pekerja turut mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat utama Samsung di Seoul.

Difahamkan, rundingan bersama kesatuan itu telah berlarutan sejak Januari lalu setelah ia menuntut sehari cuti tahunan tambahan serta bonus berasaskan prestasi secara telus meskipun Samsung menawarkan kenaikan gaji sebanyak 5.1 peratus.

Firma tersebut dalam satu kenyataan memberi jaminan tindakan pekerja mereka tidak akan menjejaskan pengeluaran termasuk cip yang digunakan untuk teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!