ByteDance rancang labur RM10 bilion dalam AI di Malaysia
PEMILIK Tiktok, ByteDance, merancang untuk melabur dalam kecerdasan pintar (AI) dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI di rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi satu hantaran di aplikasi X berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau dengan Naib Presiden TikTok Helena Lersch di Singapura, pada Jumaat.
"Pelaburan tambahan ByteDance ini sudah pasti akan membantu Malaysia mencapai sasaran untuk mengembangkan ekonomi digital kepada 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025,” katanya.
Setakat ini, Tengku Zafrul berkata, TikTok melalui ByteDance System telah membangunkan pusat data di Sedenak Tech Park, Kulai, Johor.
Menurutnya, mengambil kira keperluan masa depan syarikat berkenaan turut berhasrat untuk mengembangkan fasiliti pusat datanya dengan pelaburan tambahan RM1.5 bilion. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!