Lelaki maut dihempap jengkaut

Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut yang dikendalikannya ketika melakukan kerja membuat jalan di lereng bukit di Bedong, dekat Sungai Petani pada Jumaat. Foto FB Sungai Petani Terjah
Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut yang dikendalikannya ketika melakukan kerja membuat jalan di lereng bukit di Bedong, dekat Sungai Petani pada Jumaat. Foto FB Sungai Petani Terjah
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut yang dikendalikannya ketika melakukan kerja membuat jalan di lereng bukit di Bedong, dekat Sungai Petani pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 4.10 petang.

"Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di lokasi itu akibat kecederaan parah selepas dihempap jengkaut berkenaan yang terbalik ketika dikendalikan mangsa.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas dan dibantu jengkaut lain untuk mengeluarkan mangsa. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Abdul Aziz bersama sembilan anggota itu tamat sepenuhnya pada 6 petang. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: