Bapa tidak beri duit belanja, ibu ugut bunuh anak

Tular video seorang ibu tergamak memukul dan mengancam mahu membunuh anak sendiri kerana menuntut wang perbelanjaan daripada suami.- Agensi
Tular video seorang ibu tergamak memukul dan mengancam mahu membunuh anak sendiri kerana menuntut wang perbelanjaan daripada suami.- Agensi
A
A
A

SULAWESI - Seorang ibu tergamak memukul dan mengugut bunuh anaknya yang masih kecil hanya kerana mahu menarik perhatian suaminya agar memberikan wang perbelanjaan.

Malah aksi yang dirakam oleh ibu berkenaan tersebut tular di media sosial.

Dalam rakaman itu memperlihatkan dia memukul anaknya bahkan mengancam mahu membunuhnya menggunakan sebilah pisau dapur.

Kejadian berlaku di Batonompo daerah Gowa Sulawesi Selatan.

Menurut Ketua Informasi dan Dokumentasi Polis Gowa, Ipda Udin Sibadu berkata, pelaku yang dikenali sebagai HA, 19, mengaku dia pada asalnya mahu menghantar video berkenaan kepada suaminya sebagai satu ugutan.

"Kemudian dia (suami), mengirimkan video kepada adik kandungnya setelah itu mereka menyiarkan video itu ke Facebook dan akhirnya tular di media sosial," katanya pada Khamis.

Tambah Ipda lagi, pelaku mengaku bahawa suaminya tidak memberi wang belanja kepada dia dan anaknya itu sudah hampir dua minggu.

"Susulan itu kami telah memberi peringatan kepada dia supaya tidak mengulangi perbuatannya itu.

Artikel Berkaitan:

"Tiada laporan polis dibuat jadi kami anggap perkara ini selesai," katanya.

Justeru Ipda mengingatkan kepada masyarakat keseluruhan supaya bijak dan berhati-hati ketika membuat sebarang hantaran di media sosial, kerana ia bakal memberi kesan kepada penggunanya.

"Sekiranya ada masalah keluarga itu selesaikanlah dengan cara tertutup dan dengan cara kekeluargaan," akhirinya. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!