Mayat wanita kembali bernyawa, sempat hidup semula lima jam

Pihak berkuasa percaya kematian awal wanita tersebut tiada unsur jenayah. - Foto Agensi
Pihak berkuasa percaya kematian awal wanita tersebut tiada unsur jenayah. - Foto Agensi
A
A
A

LANCASTER - Sebuah rumah pengebumian di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) gempar selepas seorang wanita yang diisytiharkan sudah meninggal dunia kembali bernyawa.

Timbalan Ketua Daerah Lancaster, Ben Houchin berkata, Constance Glantz, 74, disahkan di sebuah rumah jagaan pada pagi Isnin dan mayatnya dipindahkan ke kemudahan itu apabila seorang pekerja menyedari wanita tersebut masih bernafas.

"Salah seorang staf kemudiannya menghubungi talian kecemasan dan kru yang tiba di rumah pengebumian tersebut mengesahkan Glantz masih hidup.

"Wanita itu dibawa ke hospital berhampiran, namun menghembuskan nafas terakhir kira-kira lima jam kemudian," ujarnya.

Menurutnya, ia adalah kes yang sangat luar biasa.

"Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini sepanjang 31 tahun saya bertugas," katanya lagi.

Difahamkan, Glantz sedang menerima jagaan hospis ketika pengesahan kematiannya dibuat pada mulanya.

"Buat masa ini, kami tidak menemui sebarang unsur jenayah oleh kakitangan pusat jagaan tersebut. Siasatan masih dilakukan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Peguam Daerah Lancaster mengarahkan autopsi dilakukan ke atas mayat tersebut dan keputusannya dijangka diperoleh dalam tempoh 12 minggu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!