Kes bunuh Zayn Rayyan: Beri penerangan, bukan menghukum

Proses lanjutan reman ibu bapa Zayn Rayyan bertukar kecoh apabila ahli keluarga mereka melaungkan kata-kata semangat termasuk memegang kain rentang di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Jumaat.
Proses lanjutan reman ibu bapa Zayn Rayyan bertukar kecoh apabila ahli keluarga mereka melaungkan kata-kata semangat termasuk memegang kain rentang di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Jumaat.
A
A
A

PERKEMBANGAN terbaharu kes Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu menggemparkan negara.

Manakan tidak, penahanan reman kedua ibu bapa mangsa sejak minggu lalu menjadi buah mulut warganet.

Ada juga yang menjadi 'terpaling hakim' apabila menjatuhkan hukuman bersalah kepada pasangan suami isteri itu.

Meninjau di berapa platform media sosial, ramai yang beranggapan penahanan ibu bapa kanak-kanak malang itu bertujuan untuk mengalih perhatian daripada kes-kes yang tular ketika ini.

Kekecohan yang berlaku di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat turut mengundang pelbagai spekulasi masyarakat.

Mengikut perundangan, penahanan reman bertujuan untuk membantu siasatan pihak berkuasa dan mereka bukanlah dalam kategori orang kena tuduh (OKT).

Kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan kini merupakan suspek atau orang yang disyaki (OYDS) membunuh Allahyarham.

OYDS tidak dipanggil OKT kerana kes masih dalam siasatan polis dan belum ada pertuduhan dikenakan.

Artikel Berkaitan:

Dalam situasi seperti ini, orang ramai terutamanya warganet perlu berperanan memberi informasi tepat bagi mengelakkan salah anggap yang boleh memberi persepsi buruk terhadap pihak berkuasa.

Selain itu ia dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi ahli keluarga yang terlibat.

Kertas siasatan belum lengkap untuk diserahkan kepada pendakwa raya, maka kedua-duanya tidak boleh 'dihukum' atas penahanan itu.

Apa yang diharap agar ALLAH SWT permudahkan segala urusan pencarian bukti supaya kematian kanak-kanak istimewa itu mendapat keadilan dan pembunuh terima hukuman selayaknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!