Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
MEMASUKKAN Israel ke dalam senarai hitam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah satu langkah yang betul.
Kata wakil Palestin ke PBB, Riyad Mansour, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya terhadap kanak-kanak Palestin selama beberapa dekad.
Dalam catatannya di media sosial, Riyad berkata, kekurangan akauntabiliti, membolehkan Israel memperhebat jenayahnya terhadap rakyat Palestin dengan melanggar semua norma dan prinsip undang-undang, moral dan kemanusiaan.
Katanya, keputusan PBB menyenarai hitam Israel dalam senarai pelanggar hak kanak-kanak atau sering disebut sebagai 'senarai yang mengaibkan', tidak akan mengembalikan nyawa puluhan ribu anak-anak Palestin yang dibunuh oleh Israel selama beberapa dekad.
“Ia juga tidak akan memulihkan keadaan dan kehidupan untuk kanak-kanak yang hilang upaya kekal akibat perbuatannya,” katanya dalam kenyataan itu.
Namun katanya, ia adalah satu langkah yang betul ke arah menamatkan dwi standard dan budaya bebas daripada hukuman yang dinikmati Israel untuk jangka masa yang terlalu lama dan menyebabkan anak-anak Palestin menjadi mangsa. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!