Lelaki maut motosikal terbakar rempuh kereta

Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran motosikal berkenaan. Foto BBP Iskandar Puteri
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran motosikal berkenaan. Foto BBP Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbakar selepas dipercayai merempuh kereta berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar di sini pada tengah malam, Sabtu.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Mohamad Anuar Mohamad Amdzah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 12.01 tengah malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi melibatkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) ke lokasi.

“Setibanya PKO ke lokasi didapati kemalangan berkenaan berlaku antara motosikal jenis Yamaha R7 dengan Proton Saga BLM.

“Kebakaran berlaku pada motosikal jenis Yamaha R7 dipercayai akibat merempuh kereta Proton Saga BLM tersebut dan mengakibatkan penunggangnya maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta selamat.

“PKO kemudiannya bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan mangsa kemalangan yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 1.16 pagi Sabtu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!