Penunggang motosikal maut langgar kerbau melintas

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka melanggar seekor kerbau yang melintas jalan berhampiran sebuah ladang di Felda Bukit Sagu, pagi Sabtu. Gambar hiasan
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka melanggar seekor kerbau yang melintas jalan berhampiran sebuah ladang di Felda Bukit Sagu, pagi Sabtu. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal ditunggang mereka melanggar seekor kerbau yang melintas jalan berhampiran sebuah ladang di Felda Bukit Sagu, di sini, pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu, Muhammad Tangtawi Mohamad Ali, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Beliau berkata, seorang lagi penunggang motosikal berusia 20 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati ketika mangsa dari arah Bukit Goh menghala ke Bukit Sagu, seekor kerbau tiba-tiba melintas jalan mengakibatkan kedua-dua lelaki berkenaan hilang kawalan dan melanggar haiwan itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya sedang mengesan saksi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!