30 PATI masuk, bekerja secara haram ditahan

Antara individu diperiksa JIM Pahang dalam serbuan ke atas beberapa premis sekitar daerah ini pada Jumaat. Foto FB JIM PAHANG
Antara individu diperiksa JIM Pahang dalam serbuan ke atas beberapa premis sekitar daerah ini pada Jumaat. Foto FB JIM PAHANG
A
A
A
KUANTAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana disyaki masuk dan bekerja di negara ini secara haram hasil serbuan ke atas beberapa premis sekitar daerah ini pada Jumaat.

JIM Pahang dalam kenyataan melalui Facebook rasminya memaklumkan, sepanjang operasi Ops Selera dan Ops Gegar itu, seramai 65 individu diperiksa dan 30 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurut kenyataan itu, PATI yang ditahan berusia 22 hingga 51 tahun terdiri 14 warga Thailand, Bangladesh (8), Pakistan (4), Vietnam (2), India(1) dan Sri Lanka (1).

"Serbuan dijalankan pasukan operasi dianggotai 17 pegawai itu dijalankan hasil maklumat awam tentang keberadaan PATI yang disyaki bekerja secara haram.

"Semua tahanan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut," katanya.

Semua tahanan direman selama 14 hari. Foto FB JIM PAHANG
Semua tahanan direman selama 14 hari. Foto FB JIM PAHANG

JIM Pahang dalam kenyataan itu turut memaklumkan pihaknya juga sedang mengesan pemilik premis terlibat bagi membantu siasatan.

"Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu kebanjiran golongan itu di negeri ini.

"Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!