Kemalangan treler, tiga kereta, Lebuh Raya PLUS sesak 8km

Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta pada Sabtu. Foto X Plus Trafik
Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta pada Sabtu. Foto X Plus Trafik
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laluan di Kilometer (km) 293.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan sesak sepanjang 8 km susulan kemalangan melibatkan sebuah treler dan tiga kereta pada Sabtu.

PLUS Trafik dalam hantaran menerusi laman X memaklumkan kemalangan yang dilapor berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi antara laluan Southville City ke Bandar Putra Mahkota itu mengakibatkan lorong tengah dan lorong kanan lebuh raya berkenaan terhalang.

"Setakat jam 11.44 pagi, lorong kanan dan tengah masih ditutup bagi proses pengalihan (kenderaan terlibat kemalangan), manakala lorong kiri dan lorong kecemasan boleh dilalui. Sila guna laluan alternatif," menurut PLUS Trafik.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pengawal trafik dan papan tanda di lokasi kejadian. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!