'BN perlu berani kemuka calon sebelum PRU' - Johari Abdul Ghani

Johari (dua,kiri) dan Ahmad Jazlan (dua, kanan) semasa perasmian Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.
Johari (dua,kiri) dan Ahmad Jazlan (dua, kanan) semasa perasmian Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu parti itu lebih berani dengan mengemukakan calon yang akan menjadi wakil rakyat sebelum pilihan raya umum (PRU).

Beliau berkata, tindakan lewat mengumumkan calon itu memberi kesukaran kepada rakyat untuk mengenali individu tersebut.

"Jadi, bila umum awal calon, pemimpin terbabit boleh berkhidmat kepada masyarakat dan perkara ini perlu dilakukan dengan segera.

"Sebelum ini kita tidak buat kerana UMNO dan BN (Barisan Nasional) kuat. Bila kuat, saat akhir pun boleh menang," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau merasmikan Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Menurut beliau, jika calon diumumkan sebulan sebelum PRU mereka tidak boleh memberikan khidmat kepada rakyat.

Ujarnya, pendekatan itu perlu diubah kerana selera rakyat sudah berbeza berbanding sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian daripada penyokong BN yang hadir pada Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.
Sebahagian daripada penyokong BN yang hadir pada Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.

Johari memberitahu, ketika ini rakyat akan menilai apa yang mereka boleh tawarkan jika diberi mandat untuk mentadbir.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, beliau mahu UMNO Kelantan melahirkan lebih ramai pemimpin muda untuk diangkat sebagai calon.

"Kehadiran pemimpin muda yang berkaliber dengan tunjuk ajar dari pemimpin senior mampu membentuk gandingan mantap dalam usaha menawan semula negeri ini dari Pas pada PRU akan datang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!