Rasuah rumah urut, pusat hiburan: Timbalan Pengarah PBT antara 4 ditahan

Empat individu termasuk tiga penjawat awam ditahan SPRM Kuala Lumpur pada Jumaat untuk siasatan terima rasuah lindung pusat hiburan dan premis urut di ibu negara.
Empat individu termasuk tiga penjawat awam ditahan SPRM Kuala Lumpur pada Jumaat untuk siasatan terima rasuah lindung pusat hiburan dan premis urut di ibu negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR -Tiga penjawat awam termasuk seorang timbalan pengarah pihak berkuasa tempatan (PBT) selain seorang bekas penjawat awam disyaki terima rasuah lindung rumah urut dan pusat hiburan haram ditahan, di sini pada Jumaat.

Penahanan kesemua individu berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu dibuat pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur.

Tiga suspek melibatkan timbalan pengarah, anggota PBT serta anggota agensi penguat kuasa direman selama tujuh hari sehingga 14 Jun, manakala seorang lagi suspek iaitu bekas anggota agensi penguat kuasa direman lima hari sehingga 12 Jun.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shairil Farhana Ruslan selepas permohonan dibuat SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurut sumber, suspek utama yang merupakan timbalan pengarah PBT dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan antara RM100,000 hingga RM500,000 sejak beberapa bulan lalu daripada premis-premis yang menjalankan kegiatan rumah urut dan hiburan selain premis tanpa lesen sah.

Tiga suspek melibatkan timbalan pengarah, anggota PBT serta anggota agensi penguat kuasa direman selama tujuh hari sehingga 14 Jun, manakala seorang lagi suspek iaitu bekas anggota agensi penguat kuasa direman lima hari sehingga 12 Jun.
Tiga suspek melibatkan timbalan pengarah, anggota PBT serta anggota agensi penguat kuasa direman selama tujuh hari sehingga 14 Jun, manakala seorang lagi suspek iaitu bekas anggota agensi penguat kuasa direman lima hari sehingga 12 Jun.

"Wang rasuah itu bagi membolehkan premis-premis perniagaan haram berkenaan beroperasi tanpa dikenakan tindakan penguatkuasaan.

"Susulan tangkapan ke atas suspek utama, SPRM kemudian menahan tiga individu lain kerana dipercayai turut menerima suapan dan berperanan sebagai orang tengah bagi mengagihkan wang rasuah kepada beberapa anggota-anggota penguat kuasa PBT," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah sumber, SPRM turut menyita wang tunai lebih RM200,000 selain barang kemas dan 28 keping wafer emas yang belum dikenal pasti anggaran nilai dan berat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek berkenaan.

"Kes masih dalam siasatan untuk tindakan di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!