Turkiye umum gantung import gandum

Tukiye mengumumkan penggantungan import gandum dari 21 Jun hingga 15 Oktober bagi melindungi pengeluar tempatan. Gambar hiasan
Tukiye mengumumkan penggantungan import gandum dari 21 Jun hingga 15 Oktober bagi melindungi pengeluar tempatan. Gambar hiasan
A
A
A

ANKARA - Tukiye mengumumkan penggantungan import gandum dari 21 Jun hingga 15 Oktober bagi melindungi pengeluar tempatan.

Kementerian Pertanian dan Perhutanan Turkiye dalam kenyataan yang disiarkan di laman webnya pada Khamis malam berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan langkah-langkah perdagangan luar yang disyorkan oleh Kementerian Perdagangan, sambil menambah bahawa langkah-langkah tambahan juga akan diambil.

Langkah itu bertujuan menghalang pengeluar Turkiye daripada terjejas oleh penurunan harga yang disebabkan oleh kepadatan bekalan semasa tempoh penuaian, memenuhi bekalan bahan mentah yang diperlukan untuk eksport daripada pengeluaran domestik dan untuk memastikan kestabilan pasaran yang memihak kepada pengeluar, menurut kenyataan itu, lapor Xinhua.

Penggantungan import itu mungkin dilanjutkan selepas 15 Oktober, bergantung kepada "keadaan pasaran pada tarikh berkenaan", jelasnya.

Turkiye mengimport lebih daripada AS$5 bilion bijirin tahun lepas dan merupakan antara pengimport utama di pasaran. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!