UMNO akan bantu kempen PH di DUN Sungai Bakap - Johari Abdul Ghani

Johari (kanan) bersama Ahmad Jazlan semasa sidang akhbar di Kota Bharu pada Sabtu.
Johari (kanan) bersama Ahmad Jazlan semasa sidang akhbar di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A
KOTA BHARU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan parti itu akan membantu seluruh gerak kerja kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang tidak lama lagi.

Beliau berkata, bantuan itu sebagaimana yang dilakukan dalam beberapa siri PRK termasuk di DUN Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.

"Bila berkawan, kita akan bantu. Konsep kita ialah, kita pentingkan negara. Jadi bila kita jadi sebahagian Kerajaan Perpaduan walaupun bukan majoriti tapi peranan tetap dimainkan.

Sebahagian daripada penyokong BN yang hadir pada Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.
Sebahagian daripada penyokong BN yang hadir pada Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.

"Memastikan kerajaan hari ini kekal kukuh dan negara boleh membangun. Bila duduk dalam kerajaan dan tengok orang lain bertanding kita nak sabotaj. Itu konsep tidak betul," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau merasmikan Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Walaupun perlu bersila, namun penyokong BN tidak berganjak bagi mengikuti Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.
Walaupun perlu bersila, namun penyokong BN tidak berganjak bagi mengikuti Konvensyen Barisan Nasional Negeri Kelantan 2024 di Kota Bharu pada Sabtu.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!