Peniaga Kelantan cakna inisiatif kerajaan berbanding negeri lain - Fuziah

Fuziah (dua dari kanan) bersama Ameer (kanan) semasa Majlis Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dan Kad Meriah Borong Mydin di Kota Bharu pada Sabtu.
Fuziah (dua dari kanan) bersama Ameer (kanan) semasa Majlis Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dan Kad Meriah Borong Mydin di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berpandangan peniaga di Kelantan dilihat lebih cakna terhadap inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan berbanding negeri lain.

Perkara itu dapat dilihat apabila 64 daripada 117 peniaga yang memanfaatkan penggunaan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang telah dilancarkan sejak 2 November lalu adalah dari Kelantan.

Timbalan Menterinya, Fuziah Saleh berkata, mungkin sifat orang Kelantan yang pandai berniaga serta ambil tahu inisiatif yang ada dapat membantu mengembangkan perniagaan mereka.

"Sepatunya lebih ramai peniaga yang mengambil manfaat di atas Kad Diskaun Khas Menu Rahmah ini.

"Dengan adanya kad ini mereka (peniaga) boleh menikmati diskaun sehingga 30 peratus terhadap lebih 50 barangan sebagaimana ditawarkan pasar raya Mydin yang merupakan salah satu rakan strategik kami," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dan Kad Meriah Borong Mydin di sini.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin.

Menurut Fuziah dengan diskaun yang diterima peniaga boleh memaksimumkan modal yang digunakan.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada 2 November lalu melaporkan kerajaan memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha Menu Rahmah bagi membeli barangan keperluan perniagaan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi kad itu, pengusaha boleh mendapatkan barangan di enam pasar raya yang telah menjalin kerjasama dengan kementerian.

"Kerajaan berterima kasih kepada pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah khusus kepada kumpulan yang memerlukan dengan kadar RM5 ke bawah.

"Sebab itu kita fikir bentuk galakan yang boleh diberikan kepada pengusaha yang sama-sama membantu kerajaan menangani kos sara hidup dan oleh demikian kita perkenalkan Kad Diskaun Khas ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!