PRK Sungai Bakap: Lebih tiga calon ditapis Syura Ulama

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih tiga nama calon akan diteliti oleh Majlis Syura Ulama Pas sebelum dipertandingkan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Majlis Syura Ulama tersebut akan menilai kriteria setiap calon dan memilih yang berkelayakan dengan akhlak baik.

“Syarat untuk menjadi calon Pas bukan sahaja bagus dalam arena politik malah akan turut dilihat dari sudut akhlaknya.

Pewakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke-57 di Dewan Perniagaan Cina, di Kota Bharu, pada Sabtu.
Pewakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke-57 di Dewan Perniagaan Cina, di Kota Bharu, pada Sabtu.

“Ada lebih dari tiga nama dan Pas akan mengumumkannya selewat-lewatnya pada 15 Jun ini iaitu seminggu sebelum tarikh penamaan calon,” kata beliau pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu kali ke-57 di Dewan Perniagaan Cina, di sini, pada Sabtu.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga akan melancarkan jentera pilihan raya PRK itu pada malam hari Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Takiyuddin (tiga dari kiri) menyampaikan buku Kota Bharu kepada Ahmad (tengah) sebagai simbolik perasmian mesyuarat.
Takiyuddin (tiga dari kiri) menyampaikan buku Kota Bharu kepada Ahmad (tengah) sebagai simbolik perasmian mesyuarat.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu perkara utama bagi bakal calon yang menjadi perhatian Majlis Syura Ulama ialah seorang individu yang ‘bersih’.

“Berdasarkan pengalaman kita dalam Majlis Syura Ulama, jarang-jarang sangat nama yang diangkat oleh Pas ditolak.

“Biasanya nama-nama itu ialah calon terbaik bagi mewakili parti,” ujarnya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!