Amaran ribut petir di 11 negeri
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri setakat jam 3.30 petang Sabtu.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam atau dijangka berlaku lebih satu jam.
Kenyataan itu memaklumkan, ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran sehingga jam 7 malam Sabtu.
"Kawasan terlibat ialah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Larut, Matang, Selama, Hulu Perak di Perak; Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Perlis.
"Selain itu, amaran itu turut melibatkan kawasan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Johor (Tangkak, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi)," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi MetMalaysia.
Menurut kenyataan itu lagi, antara kawasan lain yang terlibat ialah di Sarawak iaitu Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang, manakala di Sabah, Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Orang ramai boleh melayari laman web MetMalaysia untuk mengetahui maklumat terkini mengenai cuaca.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!